Sukan Hari Ini

Vincent perkuat Perlis

BEKAS penyerang Buriram United FC, Kayne Vincent, 28 akhirnya melengkapkan kuota penyerang import Perlis mengharungi kempen Liga Malaysia 2016.

Penyertaan berusia 28 tahun itu melengkapkan kuota pengambilan pemain import Singa Utara dengan gandingan bekas penyerang Felda United, Edward Junior Wilson, bekas pertahanan ATM dan Kelantan, Obinna Nwaneri dan bekas sayap PDRM, Mohamadou Sumareh.

Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, pemain kelahiran New Zealand itu lulus saringan kesihatan dan ujian kecergasan serta boleh menandatangani kontrak bersama Perlis sebelum 28 Januari ini.

“Saya harap dengan adanya khidmat penyerang berpotensi yang berpengalaman beraksi di Jepun, India dan Australia ini, dia berupaya memperkuatkan barisan penyerang Perlis,” katanya.

Mengenai pemain import lain, Dollah berkata, prestasi mereka semakin baik dan dapat menyesuaikan diri semasa sesi latihan yang sudah masuk minggu ketiga.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");