Panasnya Hari Ini

Wajar Lakukan Pengubahsuaian Bajet 2016 – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pengubahsuaian Bajet 2016 wajar dilakukan.

Beliau berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 28 Januari ini adalah suatu tindakan yang wajar berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.

Memetik laporan BERNAMA, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, walaupun Bajet 2016 baharu sahaja dibentangkan pada Oktober lalu, keadaan ekonomi semasa telah banyak berubah berbanding pada masa ia dibentangkan.

“Keadaan (ekonomi) sudah berubah dengan begitu ketara. Saya fikir mahu ataupun tidak, pengubahsuaian (Bajet 2016) ini harus dilakukan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis pelantikan pengedar PROTON baharu, semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun ini.

Najib dilaporkan berkata, pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur supaya lebih realistik pada tahun ini.

Harga minyak mentah dunia pada Khamis berada pada paras US$30 setong berbanding kira-kira US$45 setong semasa Bajet 2016 dibentangkan pada Oktober lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");