Sukan Hari Ini

Wei Feng cari rentak

KECEWA dengan prestasi tahun lalu tidak mematahkan semangat pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng untuk bangkit pada tahun ini seterusnya memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Wei Feng berkata, belia perlu kembali mendapatkan kekuatan dan teknik permainan selepas kembali daripada rehat.

“Memang saya kecewa, namun kita harus lihat ke hadapan untuk musim 2016,” katanya ketika dihubungi.

Wei Feng juga berharap tahun 2016 tidak akan dihantui dengan kecederaan yang boleh menjejaskan perancangannya untuk memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

“Saya masih ingat permulaan tahun 2015 apabila saya mengalami kecederaan di paha kiri yang menyebabkan saya terpaksa berehat hampir tiga bulan.

“Ia sangat menyakitkan, jadi saya berharap tahun ini saya akan bebas daripada kecederaan dan boleh berjuang memburu mata kelayakan ke Olimpik,” katanya,

Ditanya mengenai undian Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia yang berlangsung di Pulau Pinang 19 hingga 24 Januari ini , Wei Feng mengakui kejohanan seperti itu sudah bertaraf seperti Siri Super dengan kehadiran ramai pemain hebat.

“Terbuka Malaysia kali ini agak sukar, ramai pemain ranking tinggi akan hadir untuk cuba mengutip mata untuk kelayakan Sukan Olimpik.

“Namun saya berpuas hati dengan undian walaupun bukan laluan mudah buat saya,” katanya.

Wei Feng akan bertemu pilihan kedua dari India, K Srikant di pusingan pertama kejohanan berkenaan.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");