Sukan Hari Ini

Zaharuddin pertahan gelaran

Kuala Lumpur: Zaharuddin Rahman sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang untuk mempertahankan gelaran pada pusingan akhir Grand Final Cabaran Golf Garuda Indonesia 2015 di Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini.

Kejohanan dua hari itu menyaksikan Zaharudin mencatat 68 pukulan net pada hari pertama di Borobudur International Golf & Country Club, Magelang dan 70 pukulan net pada hari berikutnya di Merapi Golf & Mountain Resort, Jogjakarta untuk mengumpul jumlah 138 pukulan net keseluruhan.

Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah pakej percutian lima hari empat malam ke Mission Hill, Hainan, China dan piala iringan. Tempat kedua dimenangi Michael Chieng dengan catatan 148 pukulan net keseluruhan dan Mat Fuzi Abdul Majid di tempat ketiga dengan 150 pukulan net keseluruhan.

“Saya bersyukur dapat mempertahankan kejuaraan yang saya menangi tahun lalu dan amat berpuas hati dengan kejayaan ini.

“Ketenangan mengawal permainan di kedua-dua lapangan yang agak sukar dan mencabar menjadi kunci kejayaan saya,” katanya pada majlis penutup dan penyampaian hadiah di Hotel Novotel, Jogjakarta.

Kategori gross pula dimenangi Amiruddin Ali dengan catatan 161 pukulan, mengatasi Eric Chin di tempat kedua dengan perbezaan dua pukulan manakala juara bertahan Mohd Azmi Mahmud di tempat ketiga dengan 165 pukulan.

Amiruddin membawa pulang pakej percutian lima hari empat malam ke Mission Hill, Hainan, China dan piala iringan selaku juara.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");