Sukan Hari Ini

Zainal harap pemain cergas

Shah Alam: Mengharungi empat aksi pramusim dalam tempoh tujuh hari menjadi ujian terbesar skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang mengharapkan pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan dalam tempoh berkenaan.

Bermula dengan aksi menentang pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur malam ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), skuad Merah Kuning dijadualkan terbang ke Pulau Pinang pada aksi berikutnya Jumaat ini sebelum menempuh dua lagi aksi di Bangkok dua hari kemudian.

Jelas senario itu menguji Selangor dengan Zainal mendoakan pemainnya tidak terbabit dalam sebarang insiden kecederaan ketika masing-masing akan cuba mempamerkan aksi terbaik buat memikat hatinya untuk dipilih dalam senarai kesebelasan utama.

“Saya tak boleh nak elakkan (kecederaan) jika ia berlaku kerana persiapan (aksi persahabatan) pasukan juga harus berjalan demi mencapai persefahaman dalam pasukan.

“Kalau dapat dielakkan memang baik, namun kami harus memandang pertama dari segi perubahan jurulatih dan kedua perubahan pemain.

“Pemain mesti sedia dan mencapai keserasian serta memahami taktikal yang saya mahukan dan untuk itu perlawanan persahabatan mesti dilalui.

“Saya harap dan berdoa minta tidak ada kecederaan dan itu amat penting sekali. Tapi jika ada juga pemain lain perlu bersedia memikul tanggungjawab itu nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Mini, di sini, semalam.

Ujarnya lagi, aspek menyerang akan diberikan keutamaan yang lebih dalam empat aksi persahabatan itu sebelum turun berdepan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi Piala Sumbangsih di Larkin, 13 Februari ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");