Membawang Hari Ini

Zizan akrab dengan bekas isteri Eizlan Yusof?

Sebelum ini katanya mereka tidak lagi bekerja­sama kerana mahu mencari haluan masing-masing. Kata putus untuk tidak bersama dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak dan cakap-cakap belakang mengatakan artis serba-boleh ini tidak memecat pengurusnya memang tidak benar.

Sudah lama juga artis dan bekas pengurusnya tidak bersama.

Sekarang dia mempunyai pengurus baru dan bekas pengurusnya kini menyertai syarikat pengurusan artis lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada cerita menarik sampai ke pendengaran Cik Pang mengenai artis serba-boleh itu dan bekas pengurusanya serta punca mereka tidak lagi bekerjasama.

Cerita teman rapat dengan artis ini, sebenarnya artis itu memang memecat bekas pengurusnya kerana insiden berlaku di depan mata.

Kisahnya, orang keliling dalam industri memang tahu bekas pengurus artis ini baik dengan pemilik syarikat pengurusan dan artis yang dia bekerja sekarang.

Waktu itu artis terbabit tidak fikir perkara negatif kerana tahu industri ini kecil dan tentu mereka kenal dan rapat antara satu sama lain. Berkenalan baik sesama pengurus artis pada tanggapan artis itu boleh memperluaskan jaringan kerjasama.

Memang bekas pengurusnya memperluaskan jaringan kerjasama tetapi kerjasama itu lebih diberikan kepada syarikat dan artis yang dia bekerja sekarang bukan kepada artis serba-boleh itu walaupun waktu itu mereka bekerjasama.

Artis itu berang kerana bekas pengurusnya menawarkan peluang kepada artis tempat dia bekerja sekarang mengadakan persembahan sewaktu menerima tawaran daripada pengajur dengan alasan artis serba-boleh itu tidak dapat melakukan persembahan kerana jadual penuh.

Sedangkan apabila artis itu meneliti jadual kerjanya, dia mendapati tarikh yang dinyatakan dia tidak terikat dengan sebarang kerja.

Apabila disoal siasat, perkara itu bukan kali pertama berlaku tetapi berkali-kali. Sebaik tahu kebenarannya, artis itu membuat keputusan memecat bekas pengurusnya.

Jadi itulah kisah sebenar apa yang berlaku antara artis serba-boleh dengan bekas pengurusnya. Bila mendengar perkara sebenar, bagi Cik Pang artis serba-boleh itu mengambil tindakan bijak. Diharap perkara seperti ini menjadi pengajaran buat artis mahupun pengurus mereka yang lain.-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");