Panasnya Hari Ini

1.5 Juta Pekerja Bangladesh : Pengumuman TPM Tak Jejas MoU

KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pembekuan pengambilan pekerja asing ke negara ini tidak akan menjejaskan memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, beliau mengalu-alukan kenyataan Ahmad Zahid itu kerana ianya satu kenyataan yang positif.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri kerana ia satu kenyataan yang positif dan jelas mencerminkan keutamaan kementerian dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

“Bagaimanapun, pengumuman ini tidak menjejaskan kesahihan MoU yang telah ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Richard bagaimanapun enggan mengulas mengenai kesan pembekuan terhadap MoU itu.

Tambahnya, butiran lanjut akan diumumkan tanpa memberi tempoh masa tertentu.

Terdahulu, pemangku Setiausaha Kementerian Ekspatriat Bangladesh, Begum Shamsunnahar berkata bahawa pembekuan yang diumumkan oleh Ahmad Zahid adalah untuk menenangkan rakyat Malaysia, terutamanya yang mengkritik tentang pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");