Berita Hari Ini

1,000 bekas pelatih AADK ditawar kerja di ladang

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menempatkan 1,000 bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bekerja di sektor perladangan di seluruh negara menerusi Program Oil Palm For Life (OPAL).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata peserta terbabit yang juga bekas penagih akan ditempatkan secara berperingkat di 20 ladang FELDA dan FELDA Global Venture (FGV) di seluruh negara.

“Kumpulan pertama membabitkan 50 orang bekas pelatih akan mula ditempatkan di ladang FELDA Serting, Negeri Sembilan bermula pertengahan Mac depan.

“Mereka akan dibayar gaji minimum RM900 dengan kontrak kerja selama dua tahun selain diberikan kemudahan asrama dan pengangkutan.

“Pelaksanaan inisiatif program OPAL ini bertujuan memberi peluang kedua kepada bekas penagih ini untuk membina kehidupan dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing,” katanya pada sidang media pelaksanaan program OPAL di sini sebentar tadi.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");