Perak Hari Ini

1,000 Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina Gerakan Perak

IPOH: Hampir 1,000 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir bagi memeriahkan Majlis Tahun Baru Cina Parti Gerakan Negeri Perak 2016.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Tack, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong, Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon dan jawatankuasa parti Gerakan yang lain.

4

Zambry dalam ucapan perasmiannya berkata, semua pihak perlu bersama-sama bagi memastikan Malaysia, khususnya negeri Perak akan terus berada dalam keadaan yang baik dan aman.

“Apa yang penting dalam kehidupan kita ialah keamanan.

“Dengan tahun monyet pada tahun ini, ianya akan dapat memberikan satu semangat kerana ianya merupakan satu lambang kebijaksanaan yang akan membawa negeri kita maju ke hadapan,”katanya.

1

Dalam majlis itu juga, Zambry turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada hampir 20 penerima.

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis jemputan yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");