Perak Hari Ini

26 Pasukan Bakal Berentap Dalam Liga Bola Sepak Parlimen Larut

SELAMA: Sebanyak 26 pasukan dari Parlimen Larut akan berentap merebut piala pusingan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan wang tunai RM10,000 dalam Pertandingan Liga Bola Sepak 11 Sepasukan Tertutup Parlimen Larut 2016 yang bermula hari ini.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan semangat sebagai satu pasukan di dalam kalangan penduduk di Parlimen Larut.

PERAK TODAY 3

“Program ini diadakan supaya masing-masing yang bermain ini mempunyai sifat untuk berjaya kerana untuk berjaya, seseorang itu mesti mempunyai disiplin.

“Apabila seseorang itu mempunyai disiplin yang tinggi, dia pasti dapat bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam satu pasukan,”katanya ketika merasmikan program berkenaan di padang bola sepak, Bagan Baru, petang tadi.

PERAK TODAY 11

Pertandingan liga bola sepak ini akan diadakan pada setiap hujung minggu dan dijangka akan berakhir pada Ogos hadapan.

Kesemua pasukan mewakili Parlimen Larut dan pertandingan ini tidak dibuka kepada pasukan luar daripada Parlimen tersebut.

PERAK TODAY 10

Johan akan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM10,000, tempat kedua akan membawa pulang RM7,000 dan tempat ketiga akan membawa pulang RM5,000.

Hamzah turut berkata, dengan sambutan yang sangat menggalakkan, program sebegini akan diteruskan pada tahun mendatang.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");