Jenayah

38 motosikal hangus

Georgetown: Tiga puluh lapan motosikal yang diletakkan di Lorong Perak, Taman Jelutong di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, pagi tadi.

Dalam kejadian 6 pagi itu, tiga lagi kenderaan iaitu Proton Saga,Toyota Camry dan Toyota Harrier turut terbakar.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, semua motosikal terbabit terbakar 100 peratus manakala tiga lagi kenderaan hanya terbakar 10 peratus.

“Kita menerima panggilan pada 6.22 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Api dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian dan kita masih siasat punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");