Perak Hari Ini

70 Peratus Masalah Pemilikan Tanah Di Gerik Telah Selesai

GERIK: Lebih 3,000 masalah pemilikan tanah berjaya diselesaikan di kawasan Gerik sahaja sejak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini sejak 2009.

Pegawai Daerah Hulu Perak, Mohd Tahir Osman berkata, dianggarkan sekitar 70 peratus masalah tersebut telah berjaya diselesaikan.

Tambahnya, Dr Zambry mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk di kawasan ini.

“Lebih dari 3,000 masalah hak milik tanah berjaya diselesaikan oleh Datuk Seri Dr Zambry sejak beliau mengambil tampuk pemerintahan di negeri ini sejak 2009.

“Beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dalam setiap sesi lawatannya ke Gerik,”katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Tanah, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sesi taklimat bersama media bagi program pemukiman selama lima hari Menteri Besar ke daerah Hulu Perak.

Mengulas lanjut, Mohd Tahir berkata, sepanjang program lima hari di daerah ini, terdapat dua program penyerahan hak milik tanah kepada penduduk di dua buah kampung.

Dua buah kampung berkenaan ialah Kampung Ramasamy dan Kampung Air Ganda, di sini.

“Sebanyak 19 lot tanah akan diserahkan di Kampung Ramasamy kepada pemilik dalam program yang akan diadakan pada Khamis ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");