Perak Hari Ini

810 Ketua Kampung Terima Watikah Bagi Sesi 2016 & 2017

IPOH: Sebanyak 810 Ketua Kampung di seluruh negeri ini menerima pelantikan tugas tersebut peringkat negeri ini bagi sesi 2016 dan 2017 dengan 91 daripada muka baharu.

Pelantikan pada kali ini menampilkan ketua kampung wanita pertama untuk di negeri ini.

Majlis penyampaian watikah Pelantikan Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) negeri Perak bagi sesi 2016 dan 2017 itu berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

PERAK TODAY 3

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa menyampaikan ucapan menegaskan, bahawa tugas diberikan itu adalah amanah dalam membantu menjaga masyarakat.

“Peranannya adalah sangat penting iaitu melibatkan pemimpin hingga ke akar umbi, jika rosak atau gagal,tidak berupaya atau gambaran buruk diberikan itu juga akan beri gambaran kepada kerajaan yang ada kini,” katanya.

PERAK TODAY 2

Kesemua ketua Kampung dan ahli JKKK turut diberikan amanah bagi membantu membanteras menularan gejala penagihan dadah di setiap kawasan dan kampung.

“Diharapkan ketua kampung ini bukan sahaja dapat melihat masalah yang ada dalam kawasan termasuklah masalah dadah.

“Kita perlu bekerja dalam satu pasukan supaya dapat mengatasi masalah dadah ini kerana masalah ini bukan hanya melibatkan satu kaum sahja tapi semua kaum,” katanya lagi.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, menurut Ketua Kampung wanita pertama yang dilantik bagi sesi ini, Esah Ahmad merasakan tugas ini adalah satu tanggungjawab yang cukup besar.

“Wanita juga mampu melakukannya dan saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Beliau selaku Ketua Kampung Balun, Slim River merupakan anak jati Kampung Balun, ketika ini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Kampung (JKKK) selain bergiat aktif sebagai Pengerusi Institut Wanita (WI) Slim River, Ketua Blok Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Slim River dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");