Panasnya Hari Ini

Abdul Azeez Digesa Letak Jawatan Pengerusi Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digesa melepaskan jawatan yang digalasnya kini bagi mengelakkan campur tangan politik di dalam badan berkenaan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji tidak sepatutnya dipegang oleh ahli politik, sebaliknya ia harus dipilih menerusi tokoh-tokoh yang terdapat di negara ini.

“Rekod beliau (Azeez) sebagai pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan badan berkenaan yang mengundang kontroversi bukanlah baik,”katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Aziz sebelum ini yang meminta agar badan berkenaan tidak dipolitikkan.

Aziz juga dilaporkan berkata, beliau bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut berkata, sehingga kini, Azeez masih belum menyatakan sebarang angka berhubung persoalan yang telah dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Mac 2015 tentang risiko yang dihadapi oleh Tabung Haji sekiranya terlibat dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, reaksi beliau (Azeez) di dalam Dewan Rakyat ialah dengan menjerit ‘bohong’ sedangkan sebulan kemudiannya beliau sendiri terpaksa mengakui bahawa Tabung Haji telah membeli tanah kerajaan yang dianugerahkan kepada 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda.

“Sebab itu, jika beliau tidak mahu Tabung Haji menjadi tumpuan politik, maka sebaiknya Tabung Haji tidak boleh ada campur tangan politik,”tegasnya.

Tambah Rafizi lagi, beliau akan membuat tiga lagi pendedahan berkaitan pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada Selasa, Rabu dan Khamis ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");