Sukan Hari Ini

Abdul Talib turunkan barisan pemain terbaik

KETUA jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad menyatakan beliau sudah mempunyai gambaran barisan pemain yang akan disenaraikan membawa cabaran di kejohanan Istaf Super Series (ISS) Bangkok 2016 setelah berpuas hati komitmen ditunjukkan mereka semasa sesi latihan.

Berbaki empat minggu sebelum bermulanya pertandingan besar pertama bagi 2016 itu, Abdul Talib telah mengerah pemainnya menggandakan kerja keras mereka menerusi sesi latihan yang diadakan tiga kali sehari.

Abdul Talib dijangka memuktamadkan senarai pemain pada pertengahan Februari dan pengendali berusia 45 tahun itu berharap pemain disenaraikan nanti dapat membawa semangat dan aura sama yang mereka tunjukkan ketika ini untuk cuba mencipta kejutan di ISS Bangkok – kejohanan yang mahu dijadikannya sebagai batu loncatan untuk membentuk skuad mantap menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

“Saya tidak letak sasaran tinggi dan saya tidak mahu beri tekanan kepada mereka, tetapi tidak mustahil kita boleh cipta kejayaan di Bangkok,” katanya.

Untuk ISS Bangkok kali ini, Malaysia dijangka turun tanpa tonggak utama seperti Farhan Adam (apit kiri) yang direhatkan dan Hanafiah Dollah (apit kanan) yang melangsungkan perkahwinan, sekali gus memberi ruang kepada Abdul Talib mencuba gandingan berbeza.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");