Panasnya Hari Ini

Ada Pihak Cuba Jatuhkan Najib Guna Pintu Belakang

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa ada pihak cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui ‘pintu belakang’ apabila berterusan memainkan isu derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambahnya, disebabkan dua isu tersebut terus dimainkan tanpa henti, Azalina berkata ianya jelas menunjukkan ada pihak asing yang ingin campur tangan di dalam urusan pentadbiran negara ini.

“Mungkin ada pihak dalam dan luar negara yang cuba menggunakan pintu belakang untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat.

“Pihak terbabit dilihat terdesak sehingga terpaksa lakukan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Najib,”katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa, derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib datang daripada pelbagai syarikat yang berkaitan 1MDB, dan bukannya sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Azalina berkata, beliau melihat dakwaan WSJ itu mempunyai kepentingan peribadi kerana ianya berulang kali melaporkan perkara yang sama.

“Pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa wang yang terdapat di akaun bank peribadi Perdana Menteri tidak datang dari 1MDB.

“Malah Pejabat Peguam Negara Switzerland juga telah mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib bukan antara individu yang disiasat.

“Pada 3 Disember 2015, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah menjelaskan isu ini melalui Penerangan Menteri di sidang Dewan Rakyat.

“Perkara itu telah jelas, jadi seharusnya semua pihak termasuk WSJ tidak memainkan isu ini lagi,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");