Sukan Hari Ini

Adam Johnson dipecat dari kelab Sunderland

PEMAIN Sunderland, Adam Johnson dipecat oleh kelab berkenaan setelah beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seksual bersama seorang gadis di bawah umur

Menerusi laporan daripada BBC Sports, pengurus kelab The Black Cats tersebut, Sam Allardyce sebelum ini juga telah memaklumkan bahawa Johnson tidak tersenarai dalam perlawanan bertemu kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada Sabtu ini.

Selain daripada itu, syarikat penaja sukan terkemuka, Adidas turut memutuskan untuk membatalkan kontrak bersama Johnson berikutan daripada kesalahan yang dilakukan tersebut.

Selepas Jonhson ditahan pada Mac tahun lalu, kelab berkenaan telah mengambil tindakan untuk menggantungkan beliau namun Sunderland kemudiannya menarik semula larangan tersebut selepas mengadakan perbincangan bersama dengan wakil pemain serta Persatuan Bola Sepak Profesional.

Dalam penampilan terakhir bersama Sunderland, pemain kebangsaan England itu turut berjaya menjaringkan gol ketika pertemuan 2-2 menentang Liverpool di Anfield.

Johnson yang dilahirkan di Sunderland memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan Middlesbrough sebelum berpindah ke Manchester City dan kemudiannya ke Sunderland dengan nilai £10m pada tahun 2012.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");