Berita Hari Ini

Adenan jumpa PM bincang PRN

Kuching: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur malam semalam bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Adenan berkata, perbincangan dengan Najib berjalan dengan baik.

“Itu saja yang saya boleh katakan setakat ini. Saya akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa untuk mendedahkan butiran perbincangan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian pembelian tenaga antara Sarawak Energy dengan Malaysia Phosphates Additives (Sarawak) Sdn Bhd.

Bulan lalu, Adenan ada mengemukakan cadangan tarikh PRN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mencadangkan 18 April untuk hari penamaan dan 30 April untuk pengundian.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");