Panasnya Hari Ini

AG Perlu Bersumpah Dengan Al-Quran – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk bersumpah dengan Al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengaitkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kesalahan rasuah.

Kata Tun Mahathir, sebagai orang Islam yang baik, Apandi harus bersumpah dengan menggunakan al-Quran di masjid dan disaksikan oleh orang ramai bahawa laporan-laporan SPRM dan BNM tidak dikaitkan dengan Najib dengan amalan rasuah.

“Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah buat perkara lain pula.

“Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, Apandi dalam satu sidang media berkata bahawa Najib tidak terlibat dalam salah laku rasuah.

Ianya adalah berkaitan dengan kemasukan wang ‘derma’ sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan juga dakwaan skandal RM42 juta dari bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International.

Selain itu, Apandi juga turut mengarahkan agar kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil oleh kedua-dua badan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");