Panasnya Hari Ini

Ahmad Bashah Hadapi Tekanan Untuk Kekalkan Senarai Exco Negeri

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hasrat untuk mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Isnin ini walaupun beliau dikatakan menerima tekanan kuat daripada penyokongnya yang meminta supaya perubahan dilakukan.

Antara nama yang dikatakan mendapat sokongan untuk dipertimbangkan bagai mengalas jawatan exco ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin dan ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ali Yahaya.

Memetik sumber Mstar, bagaimanapun sehingga jam 5.30 petang Khamis, Ahmad Bashah yang juga merangkap pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah ingin dikatakan masih ingin mengekalkan kesemua muka lama dalam barisan exco negeri itu.

Terdahulu, Majlis mengangkat sumpah anggota-anggota exco negeri itu telah dijadualkan untuk berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin ini.

“Setakat ini menteri besar hendak mengekalkan dahulu barisan exco yang dah dilantik di bawah pentadbiran yang lalu, mungkin portfolio sahaja yang akan berubah,” kata sumber.

Khabar angin tersebar bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga orang anggota exco iaitu Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Suraya Yaacob – ketiga-tiganya dilihat sebagai penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir akan digugurkan daripada jawatan.

Menurut laporan Mstar lagi, Ahmad Bashah enggan mengugurkan Suraya kerana beliau juga adalah anggota exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia dan mempunyai penyokong yang besar dari kalangan sayap wanita.

Manakala Norsabrina pula merupakan ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah yang juga mempunyai pengaruh yang besar di kalangan anggota-anggota Puteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");