Panasnya Hari Ini

Ahmad Bashah Mempengerusikan Mesyuarat Exco Pertama

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempengerusikan mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama di Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini.

Memetik sumber Astro Awani, beliau tiba di pejabatnya pada kira-kira jam 9 pagi tadi dan mendengar taklimat selama 20 minit dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din sebelum memulakan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.20 pagi tadi itu dihadiri kesemua sembilan exco yang mengangkat sumpah, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Isnin lalu.

Pelantikan semula kesemua exco di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir terdahulu telah menepis semua dakwaan dan spekulasi mengenai penguguran beberapa exco.

Terdahulu Ahmad Bashah mengesahkan hanya terdapat perubahan kecil dalam senarai portfolio exco-exco berkenaan apabila beliau kini mengalas tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Perancangan Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

Lima portfolio exco lain yang turut mengalami sedikit perubahan dan pertambahan portfolio ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan digalas oleh ADUN Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Manakala ADUN Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim (Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga); ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Agama, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan); dan ADUN Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan).

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");