Panasnya Hari Ini

Ahmad Maslan Kreatif- Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang pemimpin yang kreatif dan telah memberikan komitmen yang baik sepanjang tempoh khidmat beliau sebagai Ketua Penerangan Umno.

Annuar yang baharu mengambil alih jawatan itu sejak akhir Januari lalu, berkata Ahmad juga telah berjaya menjalankan fungsinya dengan baik ketika berhadapan pelbagai serangan musuh politik Umno.

“Banyak perkara baik dan bagus telah dibuat yang saya pun tak terbuat. Datuk Ahmad Maslan terpaksa berfungsi sewaktu menerima peluru paling banyak.

“Beliau diserang secara serentak. Saya beritahu Perdana Menteri yang saya bukan orang terbaik. Saya mungkin tak boleh buat sebaik Datuk Ahmad Maslan,” katanya memetik sumber laporan mStar Online.

Terdahulu pada 29 Januari lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengumumkan pelantikan Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh sebagai Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Ahmad yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT parti tersebut.

“Saya tak terbuat macam beliau buat dari segi penganjuran banyak program. Beliau kreatif menganjurkan bermacam-macam aktiviti.

“Umno hari ini berada dalam hasil kerja beliau sebagai ketua penerangan, itu adalah fakta yang kita kena terima,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad sering dikritik apabila beliau tampil mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");