Panasnya Hari Ini

Ahmad Zahid Dinasihat Tidak Campur Tangan Urusan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diingatkan agar tidak mencampuri urusan atau tugas peguam Negara mengenai siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disampaikan melalui urusan rasmi.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, sekiranya Ahmad Zahid mencampuri urusan tersebut, ianya seolah-olah menunjukkan bahawa Malaysia sedang menyembunyikan sesuatu.

Jelasnya, ini kerana, tidak ada yang luar biasa atau yang tidak betul apabila sesebuah kerajaan secara terbuka meminta maklumat tertentu.

“Mungkin yang terbaik adalah supaya Zahid tidak mencampuri urusan atau tugas peguam Negara,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Ramkarpal berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland adalah yang paling professional dan dialu-alukan.

Terdahulu, pejabat Peguam Negara Switzerland mengulas emel portal berita tersebut mengenai jawapan Ahmad Zahid berhubung permintaan rasmi Lauber untuk meminta bantuan dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak pejabatnya ke dalam dakwaan salahguna AS$4 bilion dana 1MDB.

Zahid, dalam menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu berkata, tidak wajar bagi pihak kuasa Switzerland untuk membuat permintaan terbuka untuk mendapatkan bantuan kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala dan akan membawa laporan media yang berat sebelah.

Bagaimanapun, Rampkarpal memberikan contoh ketika Negara sedang berhadapan dengan jerebu pada Oktober tahun lalu.

Ramkarpal berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar secara terbuka telah meminta kerajaan Indonesia untuk bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat yang sengaja menyebabkan kebakaran hutan.

Jelasnya, menteri itu tidak membuat apa-apa permintaan kepada Indonesia melalui ‘saluran rasmi’, kerana perkara itu adalah demi kepentingan awam.

“Kedudukan adalah sama dalam kes 1MDB kerana siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland itu pasti membabitkan kepentingan awam kerana ia melibatkan 1MDB dan syarikat kerajaan Malaysia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");