Jenayah

Ajal bayi lima bulan

PORT DICKSON – Bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati atas tilam di rumah neneknya di Taman Pantai Mas di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.50 pagi, bayi berkenaan ditemui sudah tidak bernyawa oleh neneknya.

Menurut sumber, keluarga terbabit terus menghubungi doktor dari Klinik Kesihatan Lukut dan pemeriksaan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

“Untuk memastikan keadaan bayi berkenaan, satu laporan polis telah dibuat dan pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Mayat bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemancing terkejut apabila melihat mayat terapung di Pantai Batu 6, kelmarin.

Kata sumber, mayat tanpa identiti itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian bayi berkenaan.

“Bagaimanapun, bedah siasat yang akan dijalankan esok (hari ini),” katanya.

Berhubung kes mayat yang dijumpai terapung, Baharudin berkata, sehingga kini masih belum ada waris yang tampil menuntut mayat berkenaan dan bedah siasat juga akan turut dijalankan hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");