Sukan Hari Ini

Aksi lebih kompetitif

Kuala Lumpur: Edisi kelima Kejohanan Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) dijangka lebih mencabar dan kompetitif dalam memilih tiga pemain terbaik untuk menjalani sesi latihan di Munich, Jerman pada Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Zakri Khir, format baru pertandingan secara liga membabitkan 11 sebelah dan empat zon bakal membolehkan jurulatih memilih pemain berkualiti.

“Kejohanan ini dibahagikan kepada empat zon, utara, selatan, timur dan tengah dengan membabitkan saingan liga setiap kawasan meliputi 20 pasukan (dua Kumpulan A dan B). Dua pasukan terbaik dari kedua-dua kumpulan akan beraksi dalam separuh akhir seterusnya saingan akhir zon,” katanya pada sidang media di Menara Allianz Sentral semalam.

Jelasnya, sepanjang saingan berkenaan panel pemilihan diketuai bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan akan memilih 18 pemain dari setiap zon untuk beraksi di Grand Final pada 3 hingga 4 Jun ini.

“Hanya 13 pemain akan disenarai pendek dari saingan Grand Final untuk beraksi di Kem Asia AJFC yang diadakan di Bali, Indonesia dari 28 hingga 31 Jun. Jurulatih dari Jerman akan memilih tiga wakil negara untuk menjalani latihan di Munich nanti.

“Justeru, kami menjangkakan AJFC bakal menarik minat 1,440 pemain remaja berumur di antara 14 hingga 16 tahun daripada 80 pasukan di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, kejohanan berkenaan sebelum ini sudah melahirkan ramai pemain profesional termasuk S Thipanraj dan Damien Lim yang beraksi bersama Harimau Muda C manakala Luveen Visnu Anandhan diberi peluang menyertai pasukan Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Jurulatih Bayern Munich sebelum ini memberikan maklum balas positif mengenai pemain edisi terdahulu. Ia menunjukkan kita mempunyai pemain berkualiti di peringkat remaja,” katanya.

Pasukan berminat menyertai kejohanan ini boleh mendaftarkan diri dan mendapatkan maklumat menerusi www.facebook.com/AllianzMalaysia atau www.allianzfootball.com.my. Tarikh tutup pada 16 Mac dengan yuran penyertaan RM500 setiap pasukan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");