Sukan Hari Ini

Aksi Nadal masih berkarat

Buenos Aires: Rafael Nadal kembali beraksi buat kali pertama semalam sejak tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Australia dan kali ini dia mencatat kemenangan straight-set ke atas Juan Monaco pada kejohanan Terbuka ATP Argentina.

Nadal yang juga juara bertahan di Buenos Aires bagaimanapun tidak cemerlang seperti ketika kedua-dua pemain itu bertemu di final tahun lalu.

Dia tercicir servis tiga kali tetapi berjaya mematahkan servis Monaco di permainan terakhir setiap set untuk mencatat kemenangan 6-4, 6-4 dalam tempoh sejam 38 minit.

Kemenangan itu membolehkan Nadal bertemu pemain Itali Paolo Lorenzi di suku akhir selepas pemain berkenaan menang 4-6, 6-3, 6-1 ke atas Diego Schwartzman.

Aksi di gelanggang tanah liat Buenos Aires tidak pernah mengecewakan Nadal sebelum ini dan pemain nombor lima dunia yang berusia 29 tahun itu dan pernah menjulang 14 gelaran Grand Slam, mengaku dia mahu menjadikan aksinya kali ini sebagai pembuka kempen 2016.

Tahun ini, Nadal tewas 1-6, 2-6 di tangan Novak Djokovic di final Doha diikuti kekalahan 6-7 (6/8), 6-4, 6-3, 6-7 (4/7), 2-6 kepada Fernando Verdasco pada pusingan pertama di Melbourne, penyingkiran di pusingan pertama yang kedua dalam aksi Grand Slam sepanjang kariernya. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");