Panasnya Hari Ini

Amanah Sukar Menang Dalam Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui parti itu sukar untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan Raya Sarawak yang bakal menjelang.

Menurutnya, Amanah akan bertanding di beberapa kerusi Dun pada pilihan raya tersebut bagaimanapun beliau mengakui kelebihan kepada Barisan Nasional masih banyak.

Kelebihan itu berikutan keadaan masyarakat Sarawak yang masih dibelenggu kemiskinan dan juga masalah yang dihadapi pembangkang khususnya kemudahan pengangkutan.

“Kami akui di Sarawak, ‘uphill’ sebab situ luar bandar masih terlalu banyak, perjalanan bot mengambil masa…itu kita akui sukar.

“Tapi kita akan usahalah sekadar yang mampu…perjalanan kempen dengan bot dan helikopter…memanglah kawasan yang kita bertanding naik enam ke tujuh jam, jadi satu hari kalau banding dengan mereka (BN) yang naik helikopter,” katanya selepas merasmikan Pejabat Amanah dan Pakatan Harapan Terengganu di Paya Keladi, di sini, semalam memetik laporan Sinar harian.

Tambahnya, pihaknya akan membawa beberapa isu tempatan dalam kempen pilihan raya itu termasuk isu tanah dan kenaikan harga barang.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");