Isu Panas

Amanah takkan siasat dakwaan Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Amanah tidak akan menyiasat sekiranya ada ahli yang akan kembali menyertai Pas seperti didakwa Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Amanah hanya menganggap kenyataan Takiyuddin itu sebagai satu dakwaan murahan.

“Saya langsung tidak teruja dengan kenyataan ini. Tak ada faedahnya Amanah nak siasat dakwaan murahan seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Amanah sebelum ini ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Dalam pada itu, Salahuddin turut menafikan dakwaan Takiyuddin bahawa lebih ramai ahli Amanah dijangka menyertai semula Pas dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Apa yang saya yakin ramai yang menyokong dan bersimpati dengan Amanah dari kalangan ahli Pas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");