Panasnya Hari Ini

AMK Pulau Pinang Kecewa Keputusan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sepatutnya menghormati perjanjian bersama Pakatan Harapan yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga parti, PKR, DAP dan AMANAH sebelum membuat sebarang keputusan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, Haidhar Auni Dzolkapli berkata, pihaknya melahirkan rasa kecewa apabila Guan Eng menggugurkan dua adun PKR daripada jawatan dalam agensi dan anak syarikat milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, tindakan yang diambil oleh Guan Eng itu mencerminkan satu sifat yang tidak matang dalam pemerintahannya.

“Beliau sepatutnya menghormati perjanjian bersama Pakatan Harapan yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga parti, PKR, DAP dan AMANAH.

“Tindakan pengguguran ini melambangkan pimpinan Guan Eng berat sebelah dan bersifat autokrat.

“AMK setuju dengan kenyataan Datuk Seri Azmin Ali yang menyelar Guan Eng bahawasanya kerajaan Pakatan Harapan seharusnya meraikan perbezaan pendapat,”katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, dua ADUN PKR, Chin Wen, ADUN Bukit Tengah telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara itu, ADUN Kebun Bunga, Kah Peng pula ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Berikutan itu, Haidhar menggesa agar PKR Pusat dapat campur tangan bagi memperbaiki keadaan tersebut.

“Harus kita ingat, musuh utama kita adalah Umno/ Barisan Nasional, dan elak kan kita serang sesama kita.

“Sebaiknya kita fokus tentang permasalahaan rakyat dari kita bermain politik semata mata,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");