Berita Hari Ini

Angkat sumpah Ahli Majlis batal, bukan sebab ramai Cina

JOHOR BAHRU – Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Bagi Penggal 2016/2017 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang sepatutnya berlangsung jam 11 pagi tadi dibatalkan pada saat akhir iaitu beberapa jam sebelum majlis berlangsung.

Yang Dipertua MPJBT, Dr Badrul Hisham Kassim menegaskan majlis angkat sumpah berkenaan terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas menerima arahan daripada bahagian Kerajaan Tempatan Setiausaha Kerajaan (SUK).

Dr Badrul Hisham menafikan pembatalan majlis berkenaan bukan disebabkan isu senarai nama Ahli Majlis yang menyaksikan buat pertama kalinya wakil dari kaum Cina lebih ramai iaitu seramai 11 orang berbanding Melayu seramai lapan orang manakala India seramai empat orang.

“Majlis ini dibatalkan atas arahan daripada SUK disebabkan senarai nama penuh Ahli Majlis belum lengkap. Setakat ini kita hanya menerima 23 nama Ahli Majlis dan sepatutnya perlantikan adalah seramai 24 orang.

“Kita tidak mempunyai kuasa untuk melantik Ahli Majlis, pelantikan mereka bukan berdasarkan pemilihan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sendiri sebaliknya diberi oleh bahagian Kerajaan Tempatan SUK,” katanya.

Isu perlantikan Ahli Majlis MPJBT menjadi hangat termasuk dikongsi di media sosial selepas wakil Cina lebih ramai daripada yang lain buat pertama kalinya sekali gus mengundang perasaan kurang senang dikalangan ahli parti politik.

Dalam pada itu, satu memorundum bantahan dihantar membabitkan beberapa Ketua Cawangan Umno Gelang Patah ke Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");