Perak Hari Ini

Anugerah Palsu: Ada Pihak Dipanggil Beri Keterangan

IPOH: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesah bahawa siasatan terhadap isu penganugerahan pingat dan darjah kebesaran oleh pihak tidak diiktiraf di negeri Perak sedang dijalankan.

Beliau berkata terdapat pihak yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes tersebut yang disiasat dibawah Seksyen 420 iaitu melibatkan kesalahan berkaitan dengan penipuan.

“PDRM memberi fokus kepada siasatan ini supaya ia dapat dilengkapkan secepat mungkin dan akan membuat keputusan berhubungnya setelah siasatan selesai,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.

Tambahnya lagi, siasatan masih berjalan pada peringkat awal dan fokus utama diberikan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Beliau pada masa yang sama turut menyatakan bahawa PDRM terutama pihak cawangan khas masih  memantau rapi sebarang penularan kegiatan militan IS di Malaysia.

Tambahnya, pemantauan rapi turut melibatkan usaha yang disyaksi bertujuan melatih ahli baharu menyertai militan berkenaan.

“Ancaman militan adalah benar dan kini setiap laman sesawang termasuk Facebook telah dipantau dengan rapi bagi mengesan penyebaran kegiatan IS untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan muda amnya supaya tidak terpengaruh dengan pelawaan daripada pihak terbabit.

“Ancaman ini serius, kita bertuah kerana kita telah memulakan pemantauan terhadap kumpulan ini lebih awal dan telah memulakan pemantauan terhadap kumpulan ini lebih awal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");