Panasnya Hari Ini

‘Apa Perkembangan Laporan Polis Yang Saya Buat’ – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi pencerahan mengenai laporan polis yang dibuatnya ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak 12 Disember 2014 serta laporan terhadap bekas penasihat Khas Terengganu Investment Authority, Low Taek Jho atau Jho Low.

Katanya, sebagai pelapor, beliau mempunyai hak untuk meminta penjelasan dan pencerahan daripada Ketua Polis Negara.

“Apakah Jho Low sudah dipanggil oleh pihak PDRM untuk soal siasat?

“Kalau Jho Low sudah dipanggil oleh PDRM, saya ingin bertanya apa perkembangannya? Kalau PDRM belum soal siasat Jho Low, saya pun nak tanya kenapa. Dah lama dah saya buat laporan polis,”katanya menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya.

Tambah Khairuddin lagi, beliau amat teruja dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid melalui Buletin Utama di TV3 malam tadi.

12742759_543826575788304_7412851953237146446_n

“Tan Sri Khalid kata setelah ada orang buat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam hanya dua hari pihak PDRM dah buka kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri itu.

“Bagaimana dengan laporan polis saya terhadap kes skandal 1MDB? Apa statusnya?”soal Khairuddin.

Justeru itu, beliau meminta dan mendesak agar Khalid dapat memberi pencerahan terhadap semua laporan-laporan polis yang sudah beliau lakukan terhadap Jho Low, individu yang berkaitan serta syarikat 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");