Sukan Hari Ini

Atletico lepas peluang

ATLETICO Madrid hanya mampu seri tanpa jaringan dengan PSV Eindhoven pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Walaupun PSV bermain dengan 10 pemain selepas Gaston Pereiro dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, kelebihan itu gagal digunakan sepenuhnya oleh pelawat sekali gus menyaksikan peluang seimbang kedua-dua pasukan ke suku akhir apabila mereka bertemu untuk aksi kedua di Vicente Calderon, 15 Mac depan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut nyata tidak mengecewakan pengendalinya, Diego Simeone sebaliknya tetap melahirkan keyakinan untuk menewaskan PSV dalam aksi timbal balik nanti.

“Saya tetap tenang walaupun hanya seri. Saya tidak suka menipu dan saya bercakap secara jujur.

“Jika dinilai berdasarkan rekod cemerlang di laman sendiri dalam saingan di pentas Eropah, kami ada peluang untuk ke kelompok lapan terbaik buat kali ketiga berturut-turut,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");