Sukan Hari Ini

Azlan belum pilih pasukan

Kuala Lumpur: Azlan Shah Kamaruzaman (gambar) mengesahkan akan meneruskan aksi Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, namun dia masih berteka-teki mengenai pasukan yang akan disertainya.

Jelas pelumba yang sudah beraksi selama dua musim pada kejuaraan berprestij itu, perkara berkenaan akan diumumkan selewat-lewatnya Khamis ini.

“Dalam masa terdekat pasukan akan mengumumkan hala tuju saya sepanjang tahun ini.

“Banyak perkara yang sedang berjalan ketika ini, jadi saya kena tunggu pengumuman pasukan sendiri,” katanya.

Azlan bagaimanapun sudah menetapkan sasaran untuk cuba meraih lebih banyak mata pada musim ketiganya di saingan MotoGP.

“Saya harap dari mula hingga pertengahan musim dapat mengumpul sebanyak mungkin mata. Sebab tahun lalu, saya agak bergelut di awal hingga ke pertengahan musim.

“Harap tahun ini saya dapat meraih keputusan lebih positif,” katanya semalam.

Arena Metro sebelum ini melaporkan Azlan dikaitkan dengan pasukan tempatan iaitu JPMoto, tetapi Pengarah Urusan Datuk Chin Tzer Jinn menegaskan perbincangan sedang dilakukan terutama membabitkan soal penajaan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");