Sukan Hari Ini

Balotelli bakal ke China

PENYERANG Liverpool, Mario Balotelli dilaporkan akan berhijrah ke kelab Liga Super China, akhir musim ini.

Memetik laporan Daily Mirror, pemain kelahiran Itali itu tidak mempunyai tempat dalam skuad Liverpool setelah tamat tempoh pinjaman dengan AC Milan.

“Dia tidak mempunyai tempat dalam skuad kendalian Jurgen Kloop dan tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Serie A.

“Dia mungkin akan berhijrah ke kelab di China,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, ejen Balotelli, Mino Raiola percaya akan mencapai persefahaman dengan kelab China dan akan menyertai pemain seperti Alex Teixeira dan Jackson Martinez.

Bekas penyerang Manchester City itu gagal menyinar ketika bersama Liverpool dan turut tenggelam ketika dipinjamkan ke AC Milan, musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");