Sukan Hari Ini

BAM sudah ada perancangan untuk pemain muda: Frost

Kuala Lumpur: Sudah ada perancangan menanti pemain muda negara dan perkara itu diakui oleh Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.

Katanya, ini adalah masa yang tepat untuk mengetengahkan pemain muda terutama selepas melihat kesungguhan mereka dalam usaha membawa skuad Piala Thomas dan Uber negara layak ke aksi final di China, Mei ini.

“Pendekatan ini akan menjadi sesuatu yang menarik dan memang kami selalu ada perancangan untuk pemain muda.

“Bukan hanya kami ingin mengetengahkan pemain muda malah kami lihat China dan Korea Selatan dan negara lain juga melakukan perkara sama,” katanya.

Menilai dari segi keseluruhan persembahan pemain negara ketika beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia di Hyderabad, India, Frost berkata, pemain lelaki bertindak lebih baik berbanding wanita.

Namun perlu diingat, mereka bukan mesin yang prestasinya akan sentiasa berada di tahap sama setiap masa.

“Kami bukan mesin, kami juga manusia biasa dan ada masanya prestasi akan bagus dan ada masa tidak.

“Mereka perlu terus berlatih lebih keras dan mengharapkan prestasi terbaik selepas ini,” katanya.

Skuad Piala Thomas negara terkandas di suku akhir apabila tewas kepada India 2-3 manakala pasukan Piala Uber negara turut tewas di peringkat yang sama kepada Thailand 0-3.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");