Sukan Hari Ini

Barca tak berhasrat lepas pemain bintang

PRESIDEN Barcelona, Josep Maria Bartomeu tidak menyatakan minat untuk melepaskan mana-mana pemain bintang pasukannya untuk meninggalkan Camp Nou bagi menyertai kelab Manchester City atau jirannya, Manchester United, lapor The Daily Mail.

Selepas bekas pengendali Barca, Pep Guardiola berpindah ke Liga Perdana Inggeris(EPL), terdapat spekulasi mengatakan bahawa dia akan memburu pemain dari kelab lamanya itu bagi melakukan rombakan dalam skuad yang dibimbingnya kini.

Pemain bintang Argentina, Lionel Messi turut dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke Stadium Etihad tersebut memandangkan rakan sepasukannya, Neymar Jr turut dikaitkan dengan kelab gergasi, Manchester United.

Namun begitu, Bartomeu menegaskan bahawa Barca akan mengekalkan pemain terbaik mereka dan umpanan dengan menggunakan jumlah wang besar dari kelab lain tidak akan cukup untuk melihat para pemain berpindah.

“Kami tahu Messi,Neymar, Gerard Pique, Busquets atau Luis Suarez boleh memperolehi lebih wang bersama pasukan lain.

“Sebagai contoh, apabila Neymar berpindah ke sini, dia turut mendapat tawaran yang lebih baik. Begitu juga dengan Suarez..

“Namun mereka mengambil keputusan untuk tetap bersama Barca kerana saya rasakan kelab ini menarik pemain dan kami lebih dari pasukan-pasukan lain.

“Kami turut mengambil kira banyak perkara-perkara lain, seperti merapatkan hubungan dengan kanak-kanak di seluruh dunia melalui UNICEF, Yayasan Melinda Gates, serta Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di Afrika. Semua ini diwujudkan bagi memastikan kami bukan hanya sebuah kelab bolah namun lebih dari itu,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");