Panasnya Hari Ini

Barisan EXCO Kedah Dijangka Angkat Sumpah Isnin Ini

KUALA LUMPUR:Senarai Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah yang baharu dijangka bakal terjawab pada Isnin ini.

Memetik sumber Astro Awani, ia susulan daripada satu jemputan media oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang telah diedarkan kepada media, malam tadi.

Majlis dijangka berlangsung di Istana Anak Bukit Alor Setar pada jam 10 pagi Isnin ini.

Kesemua barisan exco tersebut dijangka akan mengangkat sumpah dihadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah.

Bagaimanapun jemputan itu tidak memaklumkan sama ada akan berlaku perubahan dan rombakan dalam senarai barisan Exco berkenaan.

Terdahulu pelbagai khabar angin tersebar bahawa akan terdapat rombakan melibatkan senarai Barisan Exco Kedah setelah pelantikan Menteri Besar yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Berdasarkan khabar angin yang tersebar, beberapa EXCO dijangka digugurkan dan difahamkan sekurang-kurangnya tiga EXCO yang ‘setia’ kepada kepemimpinan Mukhriz berdepan risiko untuk digugurkan.

Selain Norsabrina, dua EXCO terbabit ialah Datuk Aminuddin Omar (Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan) serta Datuk Suraya Yaacob (Pembagunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");