Jenayah

Bayi maut dalam gempa bumi di Taiwan

TAIPEI, TAIWAN: Sekurang-kurangnya lima maut termasuk seorang bayi berusia 10 hari apabila sebuah apartmen 17 tingkat runtuh berikutan gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher menggegarkan bandar Tainan di Taiwan, pagi kelmarin.

Jurucakap pasukan pencarian berkata, bayi malang tersebut maut bersama seorang lelaki berusia 50 tahun di dalam apartmen yang sama.

Pasukan tersebut berusaha menyelamatkan lebih daripada seratus mangsa dipercayai terperangkap di dalam apartmen tersebut.

Sekurang-kurangnya, 1,200 anggota bomba termasuk tentera dikerah mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam bangunan itu.

Setakat ini, 378 mangsa yang berada di Tainan mengalami kecederaan. Daripada jumlah tersebut, 230 mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan lain.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou berkata, pasukan penyelamat belum mendapat gambaran sejauh mana teruknya insiden berkenaan.

“Kita cuba menyelamat dan mencari kesemua mangsa dengan sebaik mungkin,” katanya.

Seorang lelaki yang tinggal berdekatan dengan apartmen tersebut berkata, beliau sedang menonton televisyen semasa gegaran berlaku.

“Tiba-tiba, saya terdengar satu bunyi seperti bunyi bom yang kuat. Saya terus membuka pintu rumah dan mendapati, bangunan bersebelahan sedang runtuh,” kata lelaki yang hanya dikenali sebagai Chang.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku sebelum jam 4 pagi, Jumaat lalu. – Mail Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");