Panasnya Hari Ini

#Bebas Anwar: NGO, Pembangkang Serah Memorandum Kepada AS

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang telah menghantar memorandum kepada lima ahli tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha  membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Wakilnya, Ronnie Liu Tian Khiew berkata lima negara itu ialah Amerika Syarikat (AS), Perancis, China, Rusia dan British.

Beliau turut mengakui, buat masa ini hanya pihak AS yang disahkan telah menerima memorandum itu dan perjumpaan dengan empat negara lagi akan diadakan secara berperingkat.

“Paling terdekat, kami akan berjumpa dengan pihak Perancis di kedutaannya di Malaysia pada 23 Februari ini.

“Kami sangat bersyukur selepas pihak AS telah menerima memorandum kami dan memberi jaminan akan melihat dari segi kesihatan Anwar,” katanya di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.

Terdahulu, Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib yang turut berjumpa dengan pihak kedutaan AS memuji sikap mereka yang tidak mencampur aduk elemen politik dengan kemanusiaan.

Tambahnya lagi walapun kedutaan AS menyokong Malaysia namun mereka tetap sependapat dengan pihaknya iaitu merasakan Anwar patut dibebaskan dari segi hak kemanusiaan.

“Dalam pertemuan tadi, perkara yang menjadi penilaian utama adalah dari segi hak kemanusiaan,” katanya.

Antara parti pembangkang dan gabungan NGO yang menyerahkan memorandum bebaskan Anwar ialah PKR, DAP, AMANAH, PSM dan Otai Reformasi.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum di Kedutaan AS hari ini adalah anak Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");