Perak Hari Ini

Beg Terbesar Didunia Guna 2,984 Helai Pakaian Terpakai

IPOH: Seramai 1492 orang peserta berjaya menyiapkan sebuah beg “Holdall” yang terbesar di dunia dengan menggunakan 2984 helai kemeja terpakai yang mengambil masa enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Kejayaan tersebut telah mendapat pengiktirafan dari World Guiness Record sebagai beg terbesar di dunia dengan saiz beg yang berukuran 25 kaki panjang, lebar 9 kaki 11 inci dan tinggi mencecah 17 kaki 10 inci.

Idea tersebut telah dicetuskan oleh Pusat Latihan Kraftangan Epal bagi membuktikan bahawa elemen perpaduan yang dibentuk selama ini pastinya mampu membawa rakyat Malaysia melangkah lebih jauh.

PERAK TODAY 6

Majlis perasmian pameran beg itu disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar  Dr Azizah Johor bertempat di ruang pameran pusat membeli belah Ipoh Parade.

Beliau semasa menyampaikan ucapan sebentar tadi, menasihatkan golongan muda amnya supaya merebut peluang mempelajari ilmu seni menjahit yang cukup berguna untuk masa depan.

PERAK TODAY 1

“Ambil peluang untuk belajar menjahit kerana ilmu itu sangat berguna kelak untuk masa mendatang,” katanya.

31 agensi kerajaan telah membantu menjayakan misi ini antaranya RTC Gopeng, Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera Malaysia (Perhebat), Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Kuala Lumpur dan Komuniti 1 Malaysia.

PERAK TODAY 3

Lebih menarik lagi, peserta projek terdiri daripada seluruh Semenanjung Malaysia dan tidak terkecuali Sabah dan Sarawak.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat pameran beg terbesar tetapi juga mereka dibenarkan memasuki beg tersebut untuk merasai sendiri suasana ‘beg di dalam beg’.

Turut dipamerkan puluhan jenis beg rekaan sendiri dan pameran produk ‘Go Green’ untuk kesedaran pengguna.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");