Panasnya Hari Ini

Bekas Pemimpin Kritik Kerajaan Adalah Orang ‘Gila Talak’- Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sesetengah bekas pemimpin yang tampil mengutuk kerajaan sebagai orang yang ‘gila talak’.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di Kuching semalam memetik sumber Awani.

Beliau turut tampil membidas tindakan sesetengah bekas pemimpin kerajaan bertindak menuduh kerajaan sebagai ‘flip-flop’ atau tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar terutama selepas mendengar kritikan dan pandangan rakyat.

“Orang ini adalah orang ‘gila talak’, apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul.

“Padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi,” katanya.

Jelasnya lagi, bekas-bekas pemimpin itu semasa mentadbir kuasa turut sensitif terhadap desakan masyarakat dan bertindak membuat pembaharuan bagi memenuhinya.

Bagaimanapun apabila kerajaan sekarang bertindak melakukan perkara yang sama, mereka sebaliknya telah tampil menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

“Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu.

“Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan dan pegawai-pegawai yang ada sekarang,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik nama bekas-bekas pemimpin itu.

Beliau turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering dihujani pelbagai kritikan berikutan dasar keterbukaan kerajaan.

kepimpinan sekarang katanya bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan rakyat, tetapi juga telah berusaha memakmurkan lagi kesejahteraan masyarakat.

Beliau menasihati pihak-pihak tertentu supaya lebih bersikap adil dalam dasar keterbukaan kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat dalam segala segi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");