Sukan Hari Ini

Bekas setiausaha agung FIFA digantung 12 tahun

ZURICH: Tribunal FIFA semalam mengambil keputusan menggantung bekas setiausaha agungnya, Jerome Valcke untuk tempoh 12 tahun kerana salah laku membabitkan penipuan penjualan tiket, perjanjian hak penyiaran televisyen Piala Dunia dan tindakannya memusnahkan bukti.

Peguam Valcke yang berpangkalan di Amerika Syarikat menegaskan bahawa mereka akan cuba membersihkan namanya secepat mungkin.

Bekas individu kanan kepada presiden FIFA Sepp Blatter turut didenda 100,000 Swiss francs.

Warga Perancis berusia 55 tahun itu menafikan sebarang salah laku selepas terbabit dalam penjualan tiket pasaran gelap untuk Piala Dunia 2014.

Pada asalnya, Valcke hanya digantung selama sembilan tahun.

Kenyataan FIFA bagaimanapun berkata jawatankuasa etika terpaksa menyiasat beberapa tuduhan lain selepas timbul beberapa salah laku lain sepanjang tempoh 10 tahun perkhidmatannya.

“Kami mengenal pasti wujud penyalahgunaan berhubung dasar perbelanjaan perjalanan FIFA dan peraturan, kes-kes membabitkan pihak berkaitan dan isu penjualan hak penyiaran TV dan hak media lain, dan pemusnahan bukti.” – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");