Panasnya Hari Ini

Beku Pengambilan Pekerja Asing Beri Kesan Pada BN Dalam Pilihan raya Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pengumuman Kerajaan Persekutuan membekukan pengambilan warga Bangladesh hanyalah sekadar langkah sementara.

Ujar,ia bertujuan bagi mengelakkan isu berkenaan daripada menjadi isu utama yang akan dipergunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) di PRN Sarawak,” ujarnya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi jika pengambilan warga asing diteruskan, ia akan menjejaskan dan mengakibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tersepit sekiranya menyokong isu tersebut.

“Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara ini.

“Ia tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Bangladesh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");