Panasnya Hari Ini

Beku Pengambilan Pekerja Asing, MoU Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh tidak akan terjejas dengan keputusan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, ia tidak akan memberi kesan terhadap dokumen MoU berkenaan.

“Penjelasan lanjut mengenai keputusan membekukan pengambilan pekerja asing ini akan diumumkan oleh kerajaan,” katanya memetik laporan mStar Online.

Namun begitu, beliau mengalu-alukan keputusan positif berkenaan yang jelas memperlihatkan bahawa kerajaan memberikan keutamaan untuk menyediakan pekerjaan kepada pekerja tempatan.

Terdahulu, Malaysia dan Bangladesh telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.

Namun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh.

Beliau berkata, pembekuan itu berkuatkuasa serta merta sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua kategori untuk pekerja asing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");