Panasnya Hari Ini

Beli Saham Silverbird: PKR Minta Tabung Haji Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta penjelasan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian saham dalam syarikat pembuat roti, Silverbird Group Berhad pada tahun 2007 yang dakwanya menyebabkan TH kerugian kira-kira RM 98 juta.

Dakwa Rafizi lagi, TH membeli saham di syarikat pembuat roti High-5 itu pada harga yang cukup tinggi dalam tempoh kurang sebulan.

“Kenapa TH membeli saham Silverbird secara mendadak hingga melonjakkan harga sahamnya dalam tempoh sebulan dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober dan menyebabkan TH membayar premium 177 peratus?

“TH mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dan tidak sampai sebulan TH muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR,hari ini memetik laporan Sinar harian.

Tambahnya lagi, prestasi operasi kewangan Silverbird didapati merudum selepas itu dan menjelang tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011, syarikat itu mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta.

Jelasnya, menerusi pengiraannya harga asal saham Silverbird adalah 39 sen seunit dan beliau membuat anggaran bahawa pelaburan TH dalam Silverbird ketika itu mencecah RM 98 juta untuk kira-kira 90 peratus sahamnya.

“Bagaimana TH boleh buat kesilapan pelaburan sehingga rugi RM 98 juta pelaburan asal pada tahun 2007?

“Berapa jumlah sebenar pelaburan dan kerugian terkumpul TH dalam Silverbird setakat ini dan siapakah yang telah dihadapkan ke muka pengadilan akibat kesilapan ini?”.

“Nilai saham kini adalah sekitar 4 sen seunit yang menyebabkan keseluruhan pelaburan TH hangus begitu sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");