Panasnya Hari Ini

Bila Mahu Saman WSJ? – Soal Muhyiddin

Gambar:- The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tentang sikap kerajaan yang masih tidak mengambil tindakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ).

Ia susulan dakwaan terbaharu yang dibuat oleh WSJ yang menafikan sumber derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dari keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya daripada syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, tindakan kerajaan tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat di negara ini.

Jelasnya, ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini telah mengumumkan bahawa derma yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan pemberian dari Arab Saudi dan tidak melibatkan perkara rasuah.

“Baru-baru ini, seorang daripada editor utama WSJ menyatakan dia ada banyak bukti menunjukkan RM2.6 bilion itu datang daripada pelbagai sumber, dan ada kaitannya dengan 1MDB.

“Soalannya sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah? Kita hendak cari kebenaran. Tolong jawab.

“Dulu sudah kata hendak saman, tak saman. Apabila keluar berita tak betul, tak saman. Orang sana (WSJ) menunggu. Dia kata, bila awak mahu saman saya?,” soalnya memetik laporan The Malaysian Insider.

Ujarnya lagi, kerajaan tidak seharusnya takut untuk mengambil tindakan saman terhadap Pengarang kewangan WSJ, Ken Brown dan WSJ sekiranya perkara yang diperkatakan itu tidak benar.

Terdahulu, Ken Brown dalam satu kenyataan ketika wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi, sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

“Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");