Panasnya Hari Ini

Bincang Isu, Masalah Dalam Mesyuarat Parti- Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin dan anggota Umno supaya membawa sesuatu isu atau masalah untuk dibincangkan di dalam mesyuarat parti atas semangat satu pasukan.

“Kita bekerja sebagai satu pasukan, semua (anggota Umno) yang mempunyai jawatan termasuk saya sebagai ketua penerangan, ada apa-apa (isu dan masalah) kita boleh berbincang dalam mesyuarat.

“Jangan bercakap di luar tetapi dalam mesyuarat tidak bercakap,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Biro Penerangan Umno Sabah, hari ini memetik sumber Bernama

Annuar yang baharu mengalas portfolio itu, berkata akan memberi garis panduan tertentu selain mengatur gerakan jentera penerangan dengan lebih efektif dan efisien.

Katanya, biro penerangan Umno Sabah adalah jentera yang banyak melakukan kerja untuk terus memastikan kelangsungan perjuangan parti di negeri ini.

“Umno Sabah adalah antara paling aktif dalam negara. Saya fikir, kalau tidak kerana efisiennya Umno Sabah, sudah tentu ia tidak menjadi parti yang lebih daripada simpanan tetap kepada kita.

“Bagaimanapun, mana-mana ruang yang boleh diperbaiki dan ditambah baik, itu yang akan saya lakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");