Panasnya Hari Ini

Boleh Kritik, Tapi Jangan Maki Zamihan – Asri

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, orang ramai boleh mengkritik dan membahaskan kesalahan yang dilakukan oleh Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zain, tetapi tidak mencaci dan memaki Zamihan.

“Walaupun Zamihan itu sering memaki saya sehingga memanggil saya ‘mufti anjing’, demikian ramai yang dituduh sesat dan kafir oleh beliau, ramai yang dimaki serta dituduh Wahabi, ramai juga yang beliau cuba kaitkan dengan pengganas serta berusaha agar mereka diambil tindakan dalam perkara yang tidak mereka lakukan.

“Pun begitu, saya ingin menasihati diri saya dan semua sahabat agar tidak memaki hamun beliau. Itu bukan sikap yang baik,”ujarnya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya.

Jelas Dr Asri lagi, seorang Muslim yang baik akan menjaga tutur katanya agar tidak melampaui batas.

“Demikian yang Allah suka untuk kita lakukan. Jika kita lakukan seperti yang beliau lakukan, ertinya kita pun mengikuti jejak langkah beliau, sedangkan kita sebelum ini tidak suka dengan cara itu.

“Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar tidak memaki hamun orang lain,”tegasnya.

Terdahulu, wacana ilmu yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya hari ini dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengumumkan pembatalan program tersebut menerusi Facebooknya semalam bagaimanapun tidak menjelaskan punca ianya dibatalkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");