Perak Hari Ini

Bomba Bantu Bawa Turun Pesakit OKU

IPOH: Seorang pesakit yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa mendapatkan bantuan Pihak Bomba Dan Penyelamat Perak apabila sukar untuk turun dari rumahnya yang berada di tingkat tiga disebabkan lif yang rosak.

Menurut sumber Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan itu diterima pihaknya sekitar jam 9.33 pagi tadi.

IMG-20160223-WA0010

Pesakit Mohd Noor Jamaluddin berusia 53 tahun tinggal di Kuaters Polis Jalan Padang Tembak dekat sini perlu pergi untuk mendapatkan rawatan susulan di pusat rawatan dialisis di Silibin.

Mohd Noor yang tidak mempunyai kedua belah kakinya menyebabkan pergerakkannya terbatas telah berjaya dibawa turun oleh pihak Bomba menggunakan pengusung melalui tangga bangunan tersebut.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki jentera EMRS,” kata sumber.

Operasi tamat sekitar jam 10.47 pagi tadi.

IMG-20160223-WA0012

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");